Sunday, February 27, 2011

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...







YA ALLAH,,JAGALAH IA.

Thursday, February 17, 2011

.:: Bertunang ?? ::.

Assalamualaikum !
alhamdulillah..AllahuAkbar..


post kali ni nak sentuh sikit mengenai " Bertunang "


hari ni..ana bukak laman sosial yang DIGEMARI ramai..
iaitu.


FACEBOOK !

ok..ana nak menegur sikit bagi yang bertunang.


BERTUNANG :


* bukan tanda korang boleh berdua-duaan.
   kalau nak dating jugak..ajak mak ayah sekali ye.


* bukan tanda dah boleh panggil " sayang & abang " ( prinsip ana )


* most important is...bukan bermakna korang boleh bermaksiat !


ana nak tegur kepada yang pakai niqab..
antunna merupakan ikon/idola/contoh kepada masyarakat.
but..kalau antunna sendiri tak menjaga adab-adab memakainya..
orang yang pakai niqab dengan ikhlas..lillahi ta'ala..
akan turut terkena tempiasnya.
WALLAHU'ALAM..
SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH DIRI :)