sapa yang tak pernah masuk MCD?
ana ucapkan..syukron :)
DENGAN PENUH RASA BENGANG NYA..ana nak berkata :
MCD ADA HUBUNGAN DENGAN ISRAEL!
YANG KORANG PERGI MAKAN BUAT APE?
MACAM TAKDE MAKANAN LAIN DALAM DUNIA NI..
KATA SEDIH BILA TENGOK PALESTINE DI BOM!
TAPI KORANG TAK SEDAR!
KORANG PENYUMBANG DUIT KAT ISRAEL = ='
P/S : UNTUK ORG YANG PERGI MCD JE..THANX :D
kita sering berkata : boikot3! barangan israel..
tapi hakikatnya..kita pergi kedai..kita beli NESTLE..Astaghfirullah..
kita sering berkata : Ya Allah..kesian nye kat budak2 Palestine..tapi hakikatnya..kita beli jugak laptop jenama DELL..
kita sering berkata : susahnya kalau hidup kat Palestine..tapi kita sering tidak bersyukur di atas nikmat keamanan..
kita sering berkata : uish..best woo duk kat Malaysia..tapi kita tak pernah rasa takut..maksiat disana sini..
kita sering berkata : aku nak jadi macam Saidina Umar..berani..tapi..bila orang buat maksiat..kenapa kita tak berani nak tegur?
kita selalu berkata : aku nak jadi macam Fatimah Az-Zahra..tapi..dekat ayah kita pun kita selalu tengking..
kita sering berkata : aku sayang mama dan papa..tapi..bila mereka meninggal..kita buat maksiat..
Astaghfirullah..:'(
BUKAN KITA..TAPI..SESAPA YANG TERASA :'(
MINTAK MAAF..KALAU ANA ADA BUAT SALAH KAT ANTUM :)
Wednesday, December 29, 2010
Sunday, December 26, 2010
~ Pakaian ~
Berpakaian sopan
Mengikut perintah tuhan
Jadi anak yang soleh
Bukan anak yang toleh
Tutup aurat, tutup aurat
Jangan bagi dilihat
Maruah tinggi peribadi mulia
Itulah tuntutan agama
Garmis, serban, dan kopiah
Pakaian anak yang soleh
Jubah, tudung, dan purdah
Pakaian anak solehah
Pakai pakaian sunnah
Allah beri pahala
Hidup bertambah indah
Kerana Allah suka
Ingat kawan semua
Cara pakaian kita
Syariat perlu dijaga
Takwa pakaian utama
Mengikut perintah tuhan
Jadi anak yang soleh
Bukan anak yang toleh
Tutup aurat, tutup aurat
Jangan bagi dilihat
Maruah tinggi peribadi mulia
Itulah tuntutan agama
Garmis, serban, dan kopiah
Pakaian anak yang soleh
Jubah, tudung, dan purdah
Pakaian anak solehah
Pakai pakaian sunnah
Allah beri pahala
Hidup bertambah indah
Kerana Allah suka
Ingat kawan semua
Cara pakaian kita
Syariat perlu dijaga
Takwa pakaian utama
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan.. Iman itu bukan hanya harapan,
ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..
hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..
bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi
sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi,
percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..
tidak dapat bebas dengan sempurna..
kecuali tali itu putus barulah ia bebas melayang
~ Jom Belajar Tidak Tahu ~
Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir yang ditulis dalam Bahasa Arab. Maknanya lebih kurang begini:
Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!
Boleh faham kot..
Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, "Saya dengar orang kata hukum A begini...." atau " Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu" dan pelbagai soalan yang senada.
Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara' ya.
Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, saya ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat "saya rasa" atau "i think". Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan saya.
Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua". Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.
Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, "Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga." Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini kan soalan simple je wahai Imam?"
Ulamak juga kata, perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.
Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu A'lam atau "aku tidak tahu"? Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa.
Bulan ramadhan mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.
Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda.
Pertamanya, jahil permasalahan tu.
Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri.
Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq.
Kasihan bukan?
Maka itu kita kena budayakan sifat "aku tidak tahu".
Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syaikh-syaikh yang hebat, takkan tahu semua perkara.
Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu.
Jom kita belajar "tidak tahu"!
Subscribe to:
Posts (Atom)


