Aurat
Pendedahanmu adakah satu nikmat?
Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
Liritan mata memandang adakah itu satu tujuan?
Apakah empunya jasad mahu menjadi tuntutan?
Atau sekadar menunjuk potongan badan?
Putih kulitmu satu pengharggan
Yang sawa matang turut perasan
Cantik wajahmu itulah kebanggaan
Sanggup kau gadaikan
Melalui fesyen pakaian
Yang ketat menampakkan medan-medan seni memberahikan
Yang belah menampakkan celah-celah keenakkan
Mahkota rambutmu menjadi hiasan
Biru merah di wajah saduran
AWAS,
Apabila jejaka mencecah keinginan
Kelibat jantan mula berkeliaran
Seluar panjang sudah dipendekkan
Mula terpancar keinginan mengawan
Maka terbeliak bagai kucing merenung ikan.
AWASLAH,
WAHAI SI MANIS SEPANJANG ZAMAN
DARI DITELAN SERIGALA KELAPARAN
TUTUPLAH AURAT DEMI KESELAMATAN
ITULAH SYARIAT SURUHAN TUHAN
LEMBANG IDENTITI MUSLIMAH BERWAWASAN

