Friday, June 3, 2011

kisah kita :D

06.03.2007
saya ingat lagi time tu..ada sesuatu yang menarik minat saya untuk melihat nun di sebalik pintu masuk..
ye..itulah adik hanif...cara dia berjalan..cara dia berkata..dengan sikapnya yang malu2..
sikapnya yang ingin berkawan dengan budak sek.agama ( perempuan je..laki dia taknak coz abduh try..tapi tak dapat xD )

dah selesai segala persembahan dan penyampaian hadiah..yes!!! masa yang dinanti telah tiba.
dengan muka yang tak tahu nak letak kat mane..ku menegur hanif yang sedang bersembang bersama adiknya.
saya rasa mcm nak gugur je jantung ni..

" hanif..ana nak bincang seperkara dengan enta..kalau boleh..dengan abah dan ummi anta..boleh ? sekejap pun jadilah.."

" boleh je..bincang pasal ape akhi ? "

" Allah..malu ana nak habaq depan ore lain.."

" kita tangkap gambar dulu lah..karang adik ana nak berdating dengan akhwat lain pulok "

percaya atau tidak..tatkala dia sedang menklik kan button kamera..saya rasa mcm nak lari satu bangi..
( nampak tak muka segan ni ?? )

____________________________________________________

" abah..ummi..kenalkan..nilah satu dorm dengan hanif..nama dia jundullah..pelajar terbaik tahfiz.."

" Assalamu'alaikum..pakcik..makcik..sehat ?? dah makan ke ?? "
( saje je tanya..tak tahu nak kata ape2..bait-bait yang terbina telah hilang begitu sahaja..namun..harus ku gagahinya..kalau tak..terlepas la ! )

" alhamdulillah..sehat..baru je lepas makan..tadi..hanif kata..jundu ada perkara nak dibincangkan..gapo dio ? "

Ya Allah..andai dia tahu bagaimana ku rasakan tatkala mengucap bait2 perkataan yang berterabur..confirm dia gelak la :)

antara tak berani..dengan berani..mane satu akan ku pilih ?..anak lelaki mesti berani bukan ?

" err..makcik..pakcik..saya sebenarnya..suka dengan anak pakcik yang second last tu "

" owh..yeke ?? Alhamdulillah..bila nak lansungkan pertunangan ni ? "

" Allah..eh..tak tanya anak pakcik dulu ke ? "

" hehe..jap lagi kami tanya..jemput datang rumah esok..ada buat jamuan skit "

" insyaAllah..pakcik..kalau tiada halangan saya akan sampai di rumah pakcik..hanif ikut sekali pakcik balik malam ni ke ?? "

" eh..takkan akhi nak dating ngan ana lagi kot malam ni..bagi lah chance ana dating ngan adik ana."

" so..balik la malam ni ??..jaga diri pakcik dan makcik..hanif..jangan nak merempit pulak..jaga adik tu elok2 "

" hehehehe..akhi jangan risaula."

" takde kena mengena..dan tolong jangan buat muka hensem macam tu..pakcik makcik..saya mintak diri dulu ye..ustaz luqman dah memanggil nama saya tu..Assalamu'alaikum"

Sunday, February 27, 2011

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...







YA ALLAH,,JAGALAH IA.

Thursday, February 17, 2011

.:: Bertunang ?? ::.

Assalamualaikum !
alhamdulillah..AllahuAkbar..


post kali ni nak sentuh sikit mengenai " Bertunang "


hari ni..ana bukak laman sosial yang DIGEMARI ramai..
iaitu.


FACEBOOK !

ok..ana nak menegur sikit bagi yang bertunang.


BERTUNANG :


* bukan tanda korang boleh berdua-duaan.
   kalau nak dating jugak..ajak mak ayah sekali ye.


* bukan tanda dah boleh panggil " sayang & abang " ( prinsip ana )


* most important is...bukan bermakna korang boleh bermaksiat !


ana nak tegur kepada yang pakai niqab..
antunna merupakan ikon/idola/contoh kepada masyarakat.
but..kalau antunna sendiri tak menjaga adab-adab memakainya..
orang yang pakai niqab dengan ikhlas..lillahi ta'ala..
akan turut terkena tempiasnya.
WALLAHU'ALAM..
SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH DIRI :)





Sunday, January 30, 2011



Wahai Tangan-Tangan Zalim,
Kami Bukanlah Generasi Bisu,
Bukan Jua Sepenakut Semalu,
Generasi Ini Darahnya Bertugu,
Takkan Lari Dihempap Batu,

Biarkan Jasad Ini Mengalirkan Darahnya,
Biarkan Pemuda Ini Menghunuskan Pedangnya,
Aku Adalah Darah-Darah Pejuang,
Bukan Pengkhianat Hamba Suruhan,
Perjuanganku Bukan Keseorangan..

Selagi Nafas Masih Berhembus,
Takkan Mati Jasadku Di Kambus,
Aku Bukanlah Budak Boneka,
Tapi Akulah Penghulu Perwira,

Wahai Tangan-Tangan Zalim,
Jangan Kau Kecilkan Anak Muda,
Walaupun Kami Tak Memegang Takhta,
Cita-Cita Kami Adalah Mahkota,
Kibarkan Menang Atau Syahid Di Syurga,
Kau Tiliklah Kembali Sejarah Dunia,
Semuda Al-Fateh Menjadi Raja

Inilah Darah Pendamba Syurga,
Takkan Ku Biar Islam Dihina,
Selagi Jasad Ini Bernyawa,

Darah Ini Semakin Memburu,
Melihat Islam Di Hancur Lebu,
Melihat Ummat Hidup Tak Bertuju,
Biarkan Ku Bangkit Menyuluh Sumbu,
Membakar Tangan Penzalim Itu,

Biar Mati Pusaraku Sunyi,
Biar Berkecai Dagingku Ini,
Takkan Ku Gentar Apatah Ku Lari,
Matiku Mulia Disambut Bidadari.

Alahumma Ya Muqallibal Qulub, Tsabbit Qalbi 'Ala Deenik

Friday, January 28, 2011

.:: Lawak Ke? ::.

Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.
3 Minit je, tak lama pun..

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi
tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " 

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

 Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: 

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"

 Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)



Wednesday, December 29, 2010

.:: ~ Kalian sedang Diketawakan ~ ::.

sapa yang tak pernah masuk MCD?
ana ucapkan..syukron :)


DENGAN PENUH RASA BENGANG NYA..ana nak berkata :


MCD ADA HUBUNGAN DENGAN ISRAEL!


YANG KORANG PERGI MAKAN BUAT APE?


MACAM TAKDE MAKANAN LAIN DALAM DUNIA NI..


KATA SEDIH BILA TENGOK PALESTINE DI BOM!


TAPI KORANG TAK SEDAR!


KORANG PENYUMBANG DUIT KAT ISRAEL = ='


P/S : UNTUK ORG YANG PERGI MCD JE..THANX :D


kita sering berkata : boikot3! barangan israel..
tapi hakikatnya..kita pergi kedai..kita beli NESTLE..Astaghfirullah..


kita sering berkata : Ya Allah..kesian nye kat budak2 Palestine..tapi hakikatnya..kita beli jugak laptop jenama DELL..


kita sering berkata : susahnya kalau hidup kat Palestine..tapi kita sering tidak bersyukur di atas nikmat keamanan..


kita sering berkata : uish..best woo duk kat Malaysia..tapi kita tak pernah rasa takut..maksiat disana sini..


kita sering berkata : aku nak jadi macam Saidina Umar..berani..tapi..bila orang buat maksiat..kenapa kita tak berani nak tegur?


kita selalu berkata : aku nak jadi macam Fatimah Az-Zahra..tapi..dekat ayah kita pun kita selalu tengking..


kita sering berkata : aku sayang mama dan papa..tapi..bila mereka meninggal..kita buat maksiat..


Astaghfirullah..:'(
BUKAN KITA..TAPI..SESAPA YANG TERASA :'(


MINTAK MAAF..KALAU ANA ADA BUAT SALAH KAT ANTUM :)

Sunday, December 26, 2010

~ Pakaian ~

Berpakaian sopan
Mengikut perintah tuhan
Jadi anak yang soleh
Bukan anak yang toleh


Tutup aurat, tutup aurat
Jangan bagi dilihat
Maruah tinggi peribadi mulia
Itulah tuntutan agama


Garmis, serban, dan kopiah
Pakaian anak yang soleh
Jubah, tudung, dan purdah
Pakaian anak solehah


Pakai pakaian sunnah
Allah beri pahala
Hidup bertambah indah
Kerana Allah suka


Ingat kawan semua
Cara pakaian kita
Syariat perlu dijaga
Takwa pakaian utama